Untuk anda di luar sana, mungkin ada yang masih tidak terdedah dengan keluasan budaya berbasikal ni. Kami di Cycling Selangor juga mungkin lebih jelas anda lihat pada masa ini memberi fokus kepada perlumbaan jenis kriterium dalam Selangor Criterium Series 2019 yang baru sahaja melangsaikan perlumbaan keempat bagi musim ini di perkarangan MaGIC Village di Cyberjaya awal bulan Sabtu yang lalu.
Sebenarnya luas lagi dunia berbasikal ni di luar perlumbaan dan acara-acara kayuhan century ride, MTB jamboree dan sebagainya. Seperti artikel yang lalu, hari ini admin ingin membawakan satu lagi rakan strategik Cycling Selangor dalam Selangor Criterium Series 2019 iaitu Pedal Malaya.
Pedal Malaya merupakan satu nama yang mungkin dikenali pada dunia berbasikal Malaysia kerana ia lebih cenderung kepada aktiviti selain daripada perlumbaan, seperti festival basikal, bengkel-bengkel asas, tayangan filem basikal, kembara berbasikal dan sebagainya. Kami sempat bertemu dengan pengasasnya yang dikenali sebagai Shidi, di tempat beliau bekerja iaitu The Basikal di Jalan Bangsar.
(Sila klik soalan-soalan di bawah untuk memaparkan/menyembunyikan jawapan.)
Daripada situ saya mula wujudkan media sosial untuk Pedal Malaya seperti Facebook dan juga Instagram. Melalui laman tersebut saya mula kongsi mengenai keselamatan berbasikal dan budaya berbasikal di luar negara”
Pada tahun 2018, setelah dijemput oleh penganjur acara MTB di Taman Cabaran Putrajaya, saya telah membuat penjenamaan semula untuk acara push bike iaitu Pushero Race Series. Sehingga kini, Pushero telah menjadi acara tetap daripada Pedal Malaya.”
Ride Your City 2016 berlangsung selama dua hari di Kuala Lumpur, dan pengisiannya berasaskan aktiviti-aktiviti yang diilhamkan dari budaya berbasikal di luar negara. Berpegang kepada konsep “fun cycling” aktiviti hiburan seperti tayangan filem, demo pertunjukan berbasikal, sesi perkongsian pengalaman, aktiviti kompetitif tetapi tetap “fun” seperti perlumbaan basikal perlahan, cabaran masa melipat basikal (basikal lipat), polo basikal, pameran pengumpul basikal dan sebagainya.
RYC lebih fokus kepada bukan pengayuh basikal dimana mereka dapat menyertai aktiviti tanpa perlu memiliki basikal, dengan objektif supaya mereka terinspirasi untuk mengayuh basikal.
Pada tahun 2018, festival ke-2 telah berlangsung di Shah Alam, Selangor. Kami akan cuba untuk menganjurkan di bandar-bandar lain seperti di Georgetown (Pulau Pinang), Ipoh (Perak), Johor Bahru (Johor) dan sebagainya, jika diberikan peluang.”
Salah satu pengisiannya merupakan kelas untuk mengajar orang-orang (dewasa) yang tidak pernah mengayuh basikal langsung seumur hidup mereka, tetapi mempunyai keinginan untuk belajar. Bengkel ini tidak ramai peserta, akan tetapi mempunyai banyak permintaan selepas kami menganjurkannya.
Selainnya ialah asas kayuhan di jalan raya. Melalui bengkel ini kami mengajar perkara-perkara asas bagaimana nak menggunakan round-a-bout, panduan kayuhan berhemah, menukar lorong dan membelok di mana-mana situasi, serta sebagainya. Semua itu diikuti dengan satu sesi praktikal mengayuh keliling KL dalam situasi sebenar.
Akhir sekali adalah bengkel asas penyelenggaraan basikal. Salah satu subjek dalam bengkel tersebut ialah selenggara ABC: iaitu angin (air), brek (brake) dan rantai (chain). Selain itu, banyak petua telah dikongsikan berdasarkan pengalaman dari pengajar dan juga peserta, dimana ianya boleh diamalkan ketika mengayuh di jalan raya.“
Untuk mengikuti perkembangan Pedal Malaya dan usaha-usaha murni dalam menyebarkan budaya berbasikal, ikuti Pedal Malaya di laman-laman social mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.
Untuk mereka yang mempunyai wira-wira kecil, jangan lupa juga untuk menanti kedatangan acara Pushero yang seterusnya!